INFO TERKINI!...

INFO TERKINI!...
Date : 13 – 15 April 2012 Join the folks of Tenom in celebrating their rich Murut culture with traditional music and dance. Don’t miss the display of intricate local handicraft items and be sure to purchase some for souvenirs! Come and join the fun!

Tuesday, September 20, 2011

Secakir Kata Pengatur Bahasa... Manis Bicara

Selamat Datang ke Laman Blog Panitia Literasi Komputer, SMK Kemabong, Tenom

Setelah menjangkau usia lebih empat (4) Panitia Literasi Komputer beroperasi dan menghasilkan pelajar yang Celik ICT dan berkemahiran dalam penggunaan komputer, maka laman blog ini diharapkan dapat mendekatkan lagi Panitia dengan masyarakat umum dan dunia luar terhadap fungsi dan tanggungjawab panitia ini. Panitia Literasi Komputer merupakan salah satu panitia akademik di SMK Kemabong yang menyediakan pendidikan formal khusus dalam bidang ICT dan pengkomputeran kepada warga SMK Kemabong, untuk melahirkan tokoh, pemikir, penulis, penggerak dan pelolopor teknologi akan datang yang berilmu dan bersifat profesionalisme, tahan uji dan sentiasa berketrampilan. Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Pendidikan ICTL juga merupakan sebahagian agenda penting negara. Ini kerana bagi sesebuah negara maju, berteknologi dan bertamadun tinggi, aspek ICT dan pengkomputeran tidak pernah diketepikan bagi mengimbangi kemajuan kebendaan atau fizikal.

Sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, Panitia Literasi Komputer juga tetap bergerak ke hadapan bagi memenuhi fungsinya, namun tidak sekali-kali mengabaikan aspek ketulenan tradisi yang menjadi teras peningkatan sistem maklumat dan ICT kebangsaan negara ini selaras dengan mottonya “Maju ICT Penggerak Generasi”.

Dengan paparan di laman blog ini, kami berharap para pelajar, peminat, penggerak dan pencinta ICT yang memerlukan khidmat kami akan berpuas hati dan tercapai hasrat dan matlamatnya. Teguran dan sumbangsaran untuk memperbaiki laman blog ini, kami rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga.

(Daripada: En. Mohd Hafiz Bin Shamsudin/Ketua Panitia Literasi Komputer, SMK Kemabong)



Wednesday, September 14, 2011

Misi & Visi Panitia Literasi Komputer

Bagi merangsang kelancaran program Literasi Komputer di sekolah dan mampu melahirkan pelajar dan warga sekolah yang cemerlang dalam ICT, maka panitia Literasi Komputer telah menetapkan misi dan visi bagi memandu dalam usaha mencapai hasrat tersebut iaitu:


Misi Panitia

Panitia Teknologi Maklumat dan Komputer Dalam Pendidikan akan menjadi pemankin kepada peningkatan celik komputer di kalangan warga sekolah dengan misi utamanya;

  • Mewujudkan proses Pembelajaran dan Pengajaran yang selari dengan teknologi terkini dan terbaru kepada warga sekolah dan persekitarannya.
  • Menjadi pusat rujukan dan P&P kendiri utama dan untuk warga sekolah.
  • Matlamat pencapaian Kelas KDP ialah 100% lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun dan 70% mendapat A pada peperiksaan akhir tahun.


Visi Panitia

Beberapa visi telah ditetapkan iaitu:

  • Visi Panitia ialah ingin mencapai celik komputer 100% bagi warga sekolah.
  • Para pelajar akan diberikan peluang untuk menggunakan komputer semaksima mungkin untuk menggalakkan percambahan kemahiran.
  • Panitia akan mempunyai Laman Web nya yang tersendiri di bawah laman Web sekolah.
  • Setiap pelajar dan warga sekolah akan mempunyai email sendiri.

Objektif Panitia Literasi Komputer

Objektif ICT Literacy for Secondary School adalah seperti berikut:

  • memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif untuk membantu dalam kehidupan seharian mereka,
  • berkongsi idea dan maklumat di dalam dan luar kawasan persekitaran sekolah, dan
  • menunjukkan sikap bertanggungjawab dan accountability terhadap infrastruktur dan kepenggunaan ICT.

Latar Belakang Panitia Literasi Komputer

Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) yang diperkenalkan pada tahun 1992 secara rintis di 60 buah sekolah menengah. Program ini merupakan titik permulaan kepada program Literasi Komputer di kalangan murid sekolah menengah melalui Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1992 KP(PPK) 8601/01/0400/Jld ll (91) bertarikh 17 Februari 1992.

Pada tahun 2002, satu surat pekeliling KP(BS-PP)8786/004/35 (8) bertarikh 20 Mac 2002 telah memaklumkan kepada semua sekolah yang dibekalkan makmal komputer di bawah Program Pengkomputeran Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia supaya melaksanakan program Literasi Komputer di tingkatan 1 dan 2.

Hasil dari semakan semula terhadap program Literasi Komputer, ICT Literacy for Secondary School diperkenalkan dan mula dilaksanakan di sekolah menengah mulai bulan Julai tahun 2007. Semua sekolah menengah yang dibekalkan makmal komputer oleh Kementerian Pelajaran hendaklah melaksanakan program ini di tingkatan 1 dan 2.

Satu buku panduan yang dinamakan ICT Literacy for Secondary School Guideline disediakan sebagai panduan bagi guru untuk melaksanakan program ini. Modul pembelajaran disediakan bagi tajuk-tajuk tertentu sahaja. Guru digalakkan untuk membangunkan modul mengikut keupayaan murid di sekolah. Program ini telah diberi peruntukan masa sebanyak dua (2) waktu pengajaran seminggu. Diajar oleh guru yang mempunyai kemahiran ICT dan berminat dalam bidang ini. Waktu pengajaran bagi guru yang terlibat dalam program ini hendaklah dikira sebagai jumlah waktu mengajar guru.

Organisasi Panitia Literasi Komputer 2011

ORGANISASI 2011

PANITIA LITERASI KOMPUTER

SEK. MEN. KEB. KEMABONG, TENOM, SABAH


Takwim Panitia Literasi Komputer 2011

TAKWIM 2011

PANITIA LITERASI KOMPUTER

SEK. MEN. KEB. KEMABONG, TENOM, SABAH

BULAN

AGENDA

TINDAKAN

JANUARI

1. Mesyuarat Bidang Teknik & Vokasional 1

2. Mesyuarat Panitia Literasi Komputer 1

· Perlantikan AJK 2011

· Takwim Panitia LK

· Sukatan Pelajaran LK

· Rancangan Pengajaran Tahunan

· Buku Rekod Guru

3. Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (Tingkatan 1 dan 2).

4. Sesi Pengajaran bermula.

Ketua Bidang (T&V)

Ketua Panitia

Ketua Panitia

Guru LK

FEBRUARI

1. Kursus induksi bagi matapelajaran Literasi Komputer kepada pelajar baru tingkatan 1

2. Penyediaan portfolio ICT bermula

3. Penyediaan Modul Pengajaran Literasi Komputer kepada pelajar

4. Perancangan Homepage dan Minggu ICT Peringkat Sekolah

5. Semakan Buku Latihan Pelajar

Ketua Panitia

Ketua Panitia

Ketua Panitia

Ketua Panitia

Guru LK

MAC

1. Kursus Dokumentasi Projek Berkomputer

2. Mesyuarat Bidang Teknologi & Vokasional 2

3. Mesyuarat Panitia Literasi Komputer 2

4. Ujian Bulanan 1

5. Kelas Tambahan & Pemulihan

Guru LK

Ketua Bidang (T&V)

Ketua Panitia

Guru LK

Guru LK

APRIL

1. Mesyuarat Panitia Literasi Komputer 3

2. Mesyuarat Kurikulum 3

3. Ujian Bulanan 2

4. Kursus Pendedahan ICT Peringkat Sekolah

5. Lawatan ke BTP

Ketua Panitia

Pengetua

Guru LK

Ketua Panitia

Ketua Panitia

MEI

1. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

2. Bengkel Teknik Menjawab & Skema Pemarkahan

3. Kelas Tambahan

4. Kelas Pemulihan

Guru LK

Ketua Panitia

Guru LK

Guru LK

JUN

1. Pameran Sempena Hari Anugerah Cemerlang

2. Mesyuarat Bidang Teknik & Vokasional 3

3. Mesyuarat Kurikulum 4

4. Laporan Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

5. Kelas Tambahan

6. Kelas Pemulihan

Ketua Panitia

Ketua Bidang (T&V)

Pengetua

Ketua Panitia

Guru LK

Guru LK

JULAI

1. Ujian Bulanan 3

2. Minggu Teknologi ICT

3. Pelancaran Homepage dan Minggu Teknologi ICT Peringkat Sekolah

4. Pertandingan Kuiz ICT

Guru LK

Ketua Panitia

Ketua Panitia

Ketua Panitia

OGOS

1. Laporan Post – Mortem Minggu Teknologi ICT.

2. Mesyuarat Bidang Teknik & Vokasional 4

3. Mesyuarat Panitia Literasi Komputer 4

· Analisa Peperiksaan Penggal Pertama

· Laporan analisa peperiksaan & ‘Headcount’.

· Kursus dalaman anjuran bidang/ panitia

4. Kelas tambahan

5. Kelas Pemulihan

Ketua Panitia

Ketua Bidang (T&V)

Ketua Panitia

Guru LK

Guru LK

SEPTEMBER

1. Peperiksaan Akhir Tahun 2011

2. Semakan Buku Latihan Pelajar

3. Kelas tambahan

4. Kelas Pemulihan

Guru LK

Ketua Bidang (T&V)

Guru LK

Guru LK

OKTOBER

1. Laporan Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2011

2. Kelas tambahan & Pemulihan

Ketua Panitia

GuruLK

NOVEMBER

1. Rancangan Panitia Literasi Komputer bagi tahun 2012

2. Penyediaan Laporan Panitia yang menjurus kepada penyediaan takwim 2012, Pelan Tindakan 2012 dan Perancangan Strategik 2012

3. Cuti Akhir Tahun bermula

Ketua Panitia