INFO TERKINI!...

INFO TERKINI!...
Date : 13 – 15 April 2012 Join the folks of Tenom in celebrating their rich Murut culture with traditional music and dance. Don’t miss the display of intricate local handicraft items and be sure to purchase some for souvenirs! Come and join the fun!

Wednesday, September 14, 2011

Latar Belakang Panitia Literasi Komputer

Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) yang diperkenalkan pada tahun 1992 secara rintis di 60 buah sekolah menengah. Program ini merupakan titik permulaan kepada program Literasi Komputer di kalangan murid sekolah menengah melalui Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1992 KP(PPK) 8601/01/0400/Jld ll (91) bertarikh 17 Februari 1992.

Pada tahun 2002, satu surat pekeliling KP(BS-PP)8786/004/35 (8) bertarikh 20 Mac 2002 telah memaklumkan kepada semua sekolah yang dibekalkan makmal komputer di bawah Program Pengkomputeran Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia supaya melaksanakan program Literasi Komputer di tingkatan 1 dan 2.

Hasil dari semakan semula terhadap program Literasi Komputer, ICT Literacy for Secondary School diperkenalkan dan mula dilaksanakan di sekolah menengah mulai bulan Julai tahun 2007. Semua sekolah menengah yang dibekalkan makmal komputer oleh Kementerian Pelajaran hendaklah melaksanakan program ini di tingkatan 1 dan 2.

Satu buku panduan yang dinamakan ICT Literacy for Secondary School Guideline disediakan sebagai panduan bagi guru untuk melaksanakan program ini. Modul pembelajaran disediakan bagi tajuk-tajuk tertentu sahaja. Guru digalakkan untuk membangunkan modul mengikut keupayaan murid di sekolah. Program ini telah diberi peruntukan masa sebanyak dua (2) waktu pengajaran seminggu. Diajar oleh guru yang mempunyai kemahiran ICT dan berminat dalam bidang ini. Waktu pengajaran bagi guru yang terlibat dalam program ini hendaklah dikira sebagai jumlah waktu mengajar guru.

No comments:

Post a Comment