INFO TERKINI!...

INFO TERKINI!...
Date : 13 – 15 April 2012 Join the folks of Tenom in celebrating their rich Murut culture with traditional music and dance. Don’t miss the display of intricate local handicraft items and be sure to purchase some for souvenirs! Come and join the fun!

Tuesday, September 20, 2011

Secakir Kata Pengatur Bahasa... Manis Bicara

Selamat Datang ke Laman Blog Panitia Literasi Komputer, SMK Kemabong, Tenom

Setelah menjangkau usia lebih empat (4) Panitia Literasi Komputer beroperasi dan menghasilkan pelajar yang Celik ICT dan berkemahiran dalam penggunaan komputer, maka laman blog ini diharapkan dapat mendekatkan lagi Panitia dengan masyarakat umum dan dunia luar terhadap fungsi dan tanggungjawab panitia ini. Panitia Literasi Komputer merupakan salah satu panitia akademik di SMK Kemabong yang menyediakan pendidikan formal khusus dalam bidang ICT dan pengkomputeran kepada warga SMK Kemabong, untuk melahirkan tokoh, pemikir, penulis, penggerak dan pelolopor teknologi akan datang yang berilmu dan bersifat profesionalisme, tahan uji dan sentiasa berketrampilan. Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Pendidikan ICTL juga merupakan sebahagian agenda penting negara. Ini kerana bagi sesebuah negara maju, berteknologi dan bertamadun tinggi, aspek ICT dan pengkomputeran tidak pernah diketepikan bagi mengimbangi kemajuan kebendaan atau fizikal.

Sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, Panitia Literasi Komputer juga tetap bergerak ke hadapan bagi memenuhi fungsinya, namun tidak sekali-kali mengabaikan aspek ketulenan tradisi yang menjadi teras peningkatan sistem maklumat dan ICT kebangsaan negara ini selaras dengan mottonya “Maju ICT Penggerak Generasi”.

Dengan paparan di laman blog ini, kami berharap para pelajar, peminat, penggerak dan pencinta ICT yang memerlukan khidmat kami akan berpuas hati dan tercapai hasrat dan matlamatnya. Teguran dan sumbangsaran untuk memperbaiki laman blog ini, kami rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga.

(Daripada: En. Mohd Hafiz Bin Shamsudin/Ketua Panitia Literasi Komputer, SMK Kemabong)



1 comment:

  1. secakir boleh dibetulkan kepada secangkir yang bermaksud secawan (perkataan indonesia)

    ReplyDelete